Nama 

FIFI MARIANI BINTI MUHAMAD

 Umur

:31 Tahun

 Ahli

: 2023

Latar Belakang

Puan Fifi Mariani merupakan ibu kepada 3 orang cahaya mata dan seorang suri rumah sepenuh masa yang mengusahakan pembuatan aiskrim legend di rumah. Beliau sangat komited dalam penghasilan aiskrim legend dengan pelbagai perisa dan bentuk yang menarik hanya daripada rumah disamping menjadi suri rumah dan mendidik anak sendiri di rumah,beliau boleh menghasilkan produk tersebut  bila-bila masa terluang. Pembuatan aiskrim legend ini yang pada awalnya hanya hobi untuk mengisi masa lapang,kini menjadi pendapatan utama bagi puan Fifi.  

.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Pada permulaan jualan puan Fifi hanya menjual di kedai runcit yang di kendalikan beliau dan suami di dalam perumahan Ladang Bukit Puteri, beliau hanya menjual aiskrim malaysia seperti jualan aiskrim-aiskrim lain seperti perisa sirap,anggur dan laici. Kemudian beliau mula mengikuti kelas kemas dan kels-kelas secara atas talian untuk mempelbagaikan perisa aiskrim Malaysia. Setelah itu, terjadilah jenama aiskrim legend by Mekfy yang menghasilkan pelbagai perisa aiskrim yang mengikut peredaran ketika ini. Setelah kedai runcit yang diusahakan tidak mendapat sambutan,beliau mula mengorak langkah un

tuk jualan aiskrim sepenuh masa dan mendapatkan modal permulaan dengan membuat pinjaman dengan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) untuk meluaskan lagi jualan bukan hanya jualan kecil-kecilan. Beliau juga rajin menyertai kelas-kelas yang NADI tawarkan seperti kelas Pengendalian Masakan,Kelas Shopee,Kelas Canva dan meyertai program-program yang NADI anjurkan. Beliau semakin bersemangat dan mula belajar ICT dan pemasaran Digital di NADI .

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Setelah mengikuti beberapa kelas asas keusahawan Digital disediakan di NADI RTP Sunga Ular, kemahiran berniaga semakin bertambah. Beliau semakin yakin untuk mengembangkan perniagaan secara atas talian di Media seperti Facebook,Instagram, whatsapp status dan group serta yang terbaru beliau menggunakan aplikasi Tiktok untuk meluaskan pasaran atas talian. Selain pemasaran produk atas talian, beliau juga belajar ambil gambar dan video serta design poster produk dan logo menggunakan aplikasi canva untuk menarik pandangan pelanggan. Segala kemahiran yang dipelajari  semasa kelas keusahawanan banyak membantu beliau untuk mempromosikan produk di alam maya. Beliau sekarang telah memiliki warung kecil-kecilan di sebelah rumah dan meluaskan pengeluaran produk yang pelbagai.

 

Apa yang dipelajari melalui NADI

  • -Latihan Keusahawanan (Microsoft Office 2010, Internet)
  • -Aplikasi GoogleMeet (Kursus Pengendali Makanan)
  • -Bengkel Canva.com
  • -Kursus keusahawanan Shopee
  • -Kursus keusahawanan logo by canva & Pertandingan logo Produk

Bagaimana NADI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

- Petugas NADI memberi tunjuk ajar mengenai perniagaan melalui kelas usahawan yang diadakan

- Memberi penerangan tentang penggunaan internet dengan bijak

- NADI juga menyediakan kelas ICT untuk membantu usahawan dalam

meningkatkan kemahiran menggunakan komputer