Nama

 : MUHAMMAD MUQRI IMAN BIN MOHD YAZID 

Umur

 : 12 TAHUN

Ahli

 : 30 Disember 2016

 

Latar belakang

Kisah Kejayaan Celik IT bagi bulan Oktober 2023  adalah adik Muhammad Muqri Iman bin Mohd Yazid yang berusia 12 tahun ,darjah 6 bagi tahun 2023 dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kampung Keledek. Adik Iman merupakan anak tunggal dalam keluarga beliau. Beliau terpilih bagi bulan Julai atas kerajinan hadir ke kelas dan minat beliau yang tinggi dalam setiap pembelajaran ICT yang di ajar di PEDi setiap kali petugas mengadakan kelas di PEDi..

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Bermula dari umur 9 tahun  Adik Iman baru mula berminat untuk turut serta mengikuti kelas anjuran PEDi setiap kali cuti sekolah. Walaupun adik Iman diberi pendedahan penggunaan gajet seperti telefon pintar bermula kelas PDPR semasa PKP,namun ia berbeza dengan penggunaan tetikus dan keyboard untuk menaip di desktop,jadi adik Iman sangat teruja untuk meneroka penggunaan alatan tersebut apabila beliau menaip dan membaca menggunakan PC.  Banyak perkara asas mengenai komputer telah dipelajari, terutamanya apabila dipraktikkan kaedah pembelajaran setiap subjek di sekolah dengan menggunakan computer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Hasilnya selepas beberapa sentiasa mengikuti kelas, adik Iman sudah boleh mengendalikan komputer dengan baik. Selain itu, adik Iman juga  memahami bagaimana menggunakan Microsoft Office untuk menaip, membuat persembahan dan excel,selain Google Chrome untuk membuat carian bahan yang diperlukan dalam pembelajaran serta dapat menggunakan aplikasi canva untuk merekabentuk poster dan lain-lain. Semoga Adik Iman dan kawan-kawannya terus cemerlang dalam pembelajaran pada masa akan datang.

400598504 6781441995266091 2276056107481696954 n 377261911 6549581651785461 4618412107056784826 n