Nama 

: NURUL HAFIZATUL ASMA BINTI ABDULLAH

 Umur

: 24 Tahun

 Ahli

: 2009

 

Latar Belakang

Puan Asma merupakan ibu kepada dua orang cahaya mata dan seorang pembantu Pasti Sabilil Muhtadin bermula 2021 sepenuh masa sehingga jam 12 tengahari. Pada sebelah petang beliau menjual air dan makanan ringan di hadapan rumah ,di samping membuat jualan secara COD bermula PKP 2020. Namun bermula Oktober 2023 beliau bertekad untuk berhenti kerja sepenuh masa dan memulakan perniagaan secara sepenuh masa dan tumpuan kepada perusahaan produk cendawan yang akan bermula Januari 2023.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pada permulaan jualan Puan Asma hanya mengusahakan bongkah cendawan dalam 10 bongkah dan menjual disekitar kawasan kampung secara COD. Setelah mengikuti berbagai kursus dari pihak Pertanian dan belajar membuat kertas kerja di PEDi ,beliau terus mengorak langkah menghantar permohonan bantuan bagi mengembangkan perusahaan cendawan beliau. Pada Oktober 2023 beliau mendapat berita baik,permohonan beliau diluluskan dan beliau akan menerima bantuan rumah cendawan dan bogkah cendawan sebanyak 1000 bongkah. Dengan itu,beliau semakin bersemangat dan mula belajar ICT dan pemasaran Digital di PEDi.Beliau juga membuat kertas kerja di PEDi untuk membuat pinjaman dengan AIM bagi membesarkan lagi kedai makanan ringan beliau.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah mengikuti beberapa kelas asas keusahawan Digital disediakan di PEDi RTP Sunga Ular, kemahiran berniaga semakin bertambah. Beliau semakin yakin untuk mengembangkan perniagaan secara atas talian di Media seperti shopee,Facebook,Instagram, whatsapp status dan group serta yang terbaru beliau menggunakan aplikasi Tiktok untuk meluaskan pasaran atas talian. Selain pemasaran produk atas talian, beliau juga belajar ambil gambar dan video serta design poster produk dan logo menggunakan aplikasi canva untuk menarik pandangan pelanggan. Segala kemahiran yang dipelajari  semasa kelas keusahawanan banyak membantu beliau untuk mempromosikan produk di alam maya. Beliau sekarang telah memiliki warung kecil-kecilan di sebelah rumah dan meluaskan pengeluaran produk yang pelbagai.

 as1 as2

Usahawan mendaftar SSM EZBIZ & Kertas kerja geran bantuan Jabatan Pertanian Lipis