Pejabat Pentadbiran Daerah Kecil Jelai iaitu Pejabat sementara telah dibuka di bangunan Balai Perjumpaan Kg Bukit Betong, Mukim Batu Yon 1, iaitu berhadapan dengan Sekolah Kebangsaan Batu yon dan bersebelahan dengan Balai Penghulu Mukim Batu Yon 1. 

Pejabat sementara ini dibuka bertujuan untuk membuat kutipan cukai tanah dan juga perkhidmatan-perkhidmatan lain yang akan ditambah baik dari semasa ke semasa. Selain itu juga, perkhidmatan ini akan memberi manfaat khususnya kepada penduduk sekitar Mukim Batu Yon 1, Batu Yon 2 dan Ulu Jelai.