Pernah terima panggilan daripada "pihak berkuasa" yang meminta nombor kad pengenalan, kata laluan perbankan Internet atau menyuruh anda memindahkan wang kepada akaun yang tidak diketahui untuk disimpan? Hentikan panggilan tersebut dan bantu orang lain untuk mengenal tanda-tanda penipuan! Ingat, Soal , Sekat, dan Sebar.
Untuk mengetahui lebih lanjut, lawati halaman Facebook Amaran Scam kami: facebook.com/amaranpenipuan
Peniaga yang tidak bertanggungjawab akan menggunakan pelbagai helah untuk memperdaya pengguna. Urus niaga dilakukan tanpa bersemuka menjadikan penipuan lebih mudah dilakukan.
Berhati-hatilah dan fikir sesuatu tawaran dengan penuh teliti dahulu.Jangan terpedaya dengan tawaran yang terlalu eksklusif.
Sekiranya anda menjadi mangsa scam, sila tampil dan laporkan kepada pihak polis supaya tindakan segera dapat dilaksanakan atau merujuk terus kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan di talian 997. #MCMC #Taknakscam