Salah satu lagi kemudahan yang terdapat di Kampung Sungai Ular ialah Mini Kedai Runcit yang dikelolakan oleh Tuan Haji Abdul Manaf. Terdapat barangan keperluan untuk memasak seharian di dalam kedai tersebut yang mana akan memudahkan komuniti setempat atau yang berdekatan kampung untuk membeli barang keperluan. Kedai runcit ini terletak di pintu nombor 2 dari empat deratan pintu yang telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Pahang baru-baru ini hasil inisiatif daripada Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang kepada penduduk di Kampung Sungai Ular.