Teknologi komunikasi telah berevolusi, bermula dengan teknologi 1G dan 2G yang membolehkan perkhidmatan suara dan pesanan ringkas (SMS dan MMS) dinikmati semua. Kemudian beralih ke rangkaian 4G di mana ia menawarkan perkhidmatan yang pantas seperti kelajuan muat turun, laman web segera dan strim video dan muzik yang lebih lancar serta menggalakkan pertumbuhan aplikasi.
Kini, Malaysia beralih ke teknologi 5G yang mempunyai lebih keupayaan untuk mengubah bidang dan fungsi teknologi mudah alih negara kepada sesuatu yang lebih maju dan canggih.