Kisah benar ini baru berlaku beberapa hari lepas. Mangsa dilanggar lari oleh sebuah van tidak dikenali. Apple watch mengesan mangsa tidak mempunyai respon selama seminit. Jika tidak mempunyai respon, Apple watch akan menelefon kecemasan dengan menggunakan pita suara memberikan maklumat pesakit dan lokasi semasa mangsa. Notifikasi juga dihantar kepada waris berserta lokasi. Teknologi yang bagus untuk keselamatan komuniti.
Sumber mothership.sg