Tahukah anda, kebocoran data peribadi boleh berlaku disebabkan oleh kelalaian diri sendiri?
Pastikan semua surat-menyurat, slip penghantaran parcel, bil-bil atau sebarang kertas yang mengandungi data peribadi anda, "dikoyak seribu" atau dirincih (shred) dan sebaik-baiknya dibuang ke dalam tong sampah berasingan.
"Sampah ini" sangat berharga dan boleh disalah guna oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab dan scammer.