Secara umumnya, tidak terdapat Rukun Tetangga di kampung ini walaupun kadangkala terdapat kes-kes terpencil yang memerlukan campur tangan pihak berwajib. Namun, atas kesedaran dan inisiatif penduduk RTP Sg. Ular yang saling bekerjasama menyebabkan kes-kes tersebut dapat ditangani dengan baik. Antaranya penduduk melakukan rondaan secara bergilir-gilir pada setiap malam demi memastikan keharmonian dan kerukunan penduduk di RTP Sg Ular tetap terpelihara. Hal ini kerana, keselamatan merupakan tunjang kepada keharmonian sesebuah komuniti serta kampung. Oleh hal yang demikian, semua pihak memainkan peranan yang sangat penting serta bertanggungjawab dalam memastikan keamanan, ketenteraman dan keselamatan kampung dari sebarang bentuk gangguan. Oleh sebab itu, JKKK mengambil langkah berikut bagi memelihara lagi keharmonian dan keamanan kampung. Hal ini kerana dalam isu keselamatan penduduk RTP Sungai Ular, pihak JKKK memainkan peranan dan bertanggungjawab bagi memastikan ketenteraman, keamanan, dan keselamatan kampung tidak tergugat oleh anasir-anasir jahat. Oleh itu, tindakan segera akan diambil oleh pihak JKKK jika terdapat kekecohan atau melapetaka yang berlaku di kampung dengan melaporkan kepada pihak yang berkuasa. Inisiatif lain juga turut dilaksanakan oleh pihak JKKK, antaranya:
1) Menanamkan semangat serta kesedaran dalam diri semua lapisan komuniti setempat tentang kepentingan menjaga keselamatan harta benda awam seperti:
- Masjid
- Pondok telefon
- Balai raya
- Dewan orang ramai
- Papan tanda maklumat
2) Penubuhan badan sukarelawan untuk menjaga keselamatan, keamanan dan ketenteraman kampung. Selain itu, badan ini juga membantu membanteras gejala sosial, penyalahgunaan dadah, serta ancaman luar.
BALAI POLIS FELDA SUNGAI KOYAN
Balai Polis yang terdekat dengan dengan RTP Sungai Ular adalah Balai Polis yang terletak di Felda Sungai Koyan terletak kira-kira 19KM dari Sungai Ular.
BALAI POLIS PADANG TENGKU
IBU PEJABAT POLIS KUALA LIPIS
BALAI BOMBA KUALA LIPIS
ALAMAT : Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Lipis
27200 Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur
No. Tel : 09-312 1539
No. Faks : 09-312 1533
Sumber :http://www.bomba.gov.my
PEJABAT RELA KUALA LIPIS
Beroperasi di dalam Kompleks Cempaka, iaitu berhadapan dengan kubur cina Jalan Cheneras menghala ke bandar Kuala Lipis. Pertubuhan RELA berfungsi sebagai duta kecil kerajaan dalam penyebaran dan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan. Selain itu, pasukan ini juga melaksanakan jaringan kerjasama dengan pasukan keselamatan dan lain-lain agensi penguatkuasaan. RELA juga menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan sosio-ekonomi setempat di samping membangunkan modal insan melalui latihan-latihan yang bersesuaian.
TIP PENGGUNAAN INTERNET UNTUK KANAK-KANAK
Kemunculan Internet alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat. Oleh kerana tidak ada sesiapa pun yang dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia siber, maka berjuta-juta laman web telah diwujudkan. Bermacam-macam maklumat(sama ada benar atau salah), idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga bahan lucah disebarkan melalui internet. Apakah kesannya apabila kanak-kanak mula berjinak-jinak dengan internet tanpa pengetahuan anda? Adakah anda boleh ketahui lawan web yang mana anak anda layari? Apakah yang boleh anda lakukan untuk memastikan yang anak anda selamat ketika melayari internet? Anda harus mempelajari selok belok dunia computer agar anda dapat menyekat bahan yang tidak disenangi. Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh berkonsi dengan anak anda:
1. Letak komputer di tempat yang umum dan bukan dalam bilik agar dapat mengawasi anak anda.
2. Tandakan (Bookmark) laman kegemaran anak anda agar senang untuk anda melayari laman tersebut.
- 3. Kongsi akaun e-mel dengan anak anda agar anda dapat mengawasi mesej yang diterima.
- 4. Luangkan masa untuk melayari internet bersama anak anda untuk mengajarnya tabiat ‘online’ yang betul.
- 5. Jangan sesekali membenarkan anak anda memasuki ruangan sembang peribadi (private chat rooms);
- 6. Sekat dengan cirri-ciri keselamatan internet (internet service provider) atau guna perisian penapis filtering software).
- 7. Selalu mengawasi kad kredit dan bil telefon anda untuk menyemak bayaran akaun yang luar biasa.
- 8. Jangan buat endah jika anak anda memberitahu anda pertukaran’online’ yang tidak menyenangkan.
- 9. Panjangkan salinan mesej yang mengandungi unsur lucah ugutan kepada penyelia.perkhidmatan internet. Kebanyakan laman web mengunakan ‘cookies’ iaitu sejenis alat khas untuk mengesan informasi khusus berhubung dengan penguna seperti nama, e-mel dan alamat. ‘cookies’ boleh diberhentikan (disabled).
- 10. Hubungi penyelia perkhidmatan internet(internet service provider) anda untuk maklumat lanjut.
Sumber http://www.fomca.org.my