Berikut merupakan posisi yang baik semasa menggunakan komputer di tempat kerja atau di rumah, iaitu dengan menggunakan kerusi ergonamik agar kesihatan dan keselamatan pekerja terjamin.
Tips penjagaan diri dan pekerjaan.
- 1. Bekerja dalam postur tubuh badan yang neutral/normal.
- 2. Mengurangkan daya atau tenaga kerja yang digunakan secara berlebihan semasa bekerja.
- 3. Memastikan peralatan kerja dalam lingkungan mudah untuk dicapai.
- 4. Bekerja pada ketinggian yang sesuai.
- 5. Mengurangkan pergerakan yang berlebihan semasa bekerja.
- 6. Meminimumkan beban statik dan keletihan semasa bekerja.
- 7. Meminimumkan titik tekanan semasa bekerja.
- 8. Mengekalkan persekitaran tempat kerja yang kemas, teratur dan selesa semasa bekerja.
- 9. Menambahbaikkan organisasi kerja.
- 10. Musnahkan halangan.
- 11. Rekabentuk paparan dan kawalan di tempat kerja agar mudah difahami.
- 12. Lakukan senaman ringan, pergerakan dan regangan antara kerja.