Internet dan teknologi dalam talian seperti telefon bimbit adalah alat canggih yang digunakan untuk berkomunikasi, belajar, bermain dan berhibur seluruh dunia.
Panduan penggunaan internet yang selamat untuk kanak-kanak
- 1. Jangan sesekali memberi maklumat peribadi, seperti nama anda, alamat rumah, nombor telefon, nama sekolah dan lain-lain.
- 2. Jangan bertemu kenalan dalam talian secara bersendirian.
- 3.Jangan beri kata laluan kepada sesiapa pun, walaupun kawan karib. Simpan kata laluan di tempat yang selamat.
- 4. Dalam chatting room (bilik sembang) gunakan nama yang umum (yang tidak menggambarkan jantina anda) bagi menghindari gangguan seperti bahan lucah dan sebagainya.
- 5.Sekiranya anda menerima bahan lucah, beritahu ibubapa atau orang dewasa yang anda percayai.
- 6.Jangan berkongsi gambar diri anda, keluarga atau rumah anda dengan orang yang anda hanya kenali secara dalam talian.
- 7.Jangan buka e-mel daripada sumber yang tidak anda ketahui. Hapuskan e-mel tersebut.
- 8.Jika anda menerima sebarang komen yang kesat atau berbaur ancaman dalam talian, jangan balas. Keluar dari sistem (log off) dan laporkan kepada ibubapa anda.
- 9.Penulisan di laman web bukan hak peribadi. Oleh itu, berhati-hati tentang apa yang anda tulis termasuklah kepada siapa yang anda tujukan.
- 10.Jika anda berasa ragu, dapatkan bantuan ibubapa anda atau keluar dari sistem (log off).
Sumber : Dr. Hargeet Kaur a/p Basant Singh http://www.myhealth.gov.my/safety-on-the-internet/