Jika anda perasan;
✔️ Anak anda jauh lebih kecil dan rendah dari rakan sebaya
✔️ Sering sakit, lemah dan tidak aktif
✔️ Masih muat pakaian yang dipakai beberapa tahun lalu..
Jangan ambil mudah, MUNGKIN anak anda mengalami masalah bantut.
Apa tips untuk menambah ketinggian mereka?
.
Aktiviti fizikal
Bergayut dapat meningkatkan kekuatan otot upper body dan tangan. Ini membantu untuk membaiki posture berjalan/ duduk. Sebarang aktiviti fizikal juga merangsang hormon pertumbuhan (growth hormon).
Pemakanan
Untuk hasilkan pertumbuhan tulang yang sihat dan otot, kanak kanak perlukan pemakanan yang sihat yang mengandungi vitamin, mineral & protein yang tinggi. Jika anak jenis picky eater dan tidak makan sayur, buah dan produk tenusu anda perlu membuat strategi dengan pelbagaikan menu
Tidur
Pastikan mereka cukup tidur. Tidur awal dan tidur pada waktu yang tetap. Hormon pertumbuhan dirembeskan semasa sedang tidur.
Kurangkan penggunaan gadget.
Ini culprit yang paling sukar untuk ibu bapa. Anak sudah ketagih gadget, nak buat aktiviti fizikal memang tidak berminat. Waktu tidur pun mungkin terganggu.