Demensia adalah sindrom kemerosotan fungsi otak disebabkan kerosakkan secara berperingkat. Ia juga merujuk kepada kemerosotan keupayaan kemahiran berfikir dan menganalisa serta boleh mengganggu aktiviti kehidupan harian yang biasa.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada 11 September 2022 telah melancarkan Panduan Amalan Klinikal (CPG) Pengurusan Demensia (Edisi Ketiga).
Edisi ketiga CPG mengenai Pengurusan Demensia ini menekankan kepada pengurangan risiko, diagnosis awal dan rawatan demensia. Ianya boleh dijadikan sebagai rujukan utama kepada petugas kesihatan dalam pengurusan holistik penyakit Demensia.