Encik Mohamad Isa merupakan seorang bekas askar pencen. Beliau telah berkahwin dengan salah seorang penduduk di Kampung Sungai Ular dan dikurniakan empat orang cahayamata. Memulakan projek jahitan beg ini selepas tamat latihan di Kem Askar Kuala Lipis kira-kira setahun yang lalu. Setiap hari beliau datang ke Pi1M untuk mencari design yang sesuai untuk dipraktikkan ke dalam bidang jahitan beliau.

Selepas mengikuti kelas Keusahawanan dan mempelajari teknik-teknik memasarkan produk, beliau dapat membuat surat permohonan bantuan untuk membeli mesin jahit daripada Yang Berhormat Adun Jelai. Hal ini kerana beliau tidak mempunyai modal untuk memulakan perniagaan tersebut. Buat masa sekarang tempahan yang diterima adalah secara offline, iaitu melalui penduduk kampung. Beliau juga dalam perancangan untuk memasarkan produk ke dalam website lazada. Selain itu, beliau juga mempunyai cadangan untuk membuka kelas menjahit beg kepada belia komuniti setempat.

DSC 0769