Hasil bimbingan daripada Adun Jelai, YB Dato' Sri Haji Wan Rosdy, iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, projek ini dilaksanakan dengan kaedah teknologi moden. Projek ini pada asalnya berasaskan tanaman pisang berangan dan nangka madu. Kerajaan negeri juga memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta untuk menyelenggarakan kemudahan logistik, jalan, saliran dan khidmat bimbingan kepada petani projek TKPM ini. Selain itu, kerajaan juga membuka tanah seluas lapan hingga sembilan hektar kepada 23 petani Kuala Medang bagi tujuan mengusahakan tanaman pisang, nangka madu dan betik secara berkelompok dengan menggunakan kaedah teknologi moden. Menurut Adun Jelai juga, TKPM turut mengamalkan "konsep tumpang' dengan Koperasi Kakitangan Bernas Berhad. Mellaui konsep ini, petani tempatan berpeluang untuk berkongsi kepakaran, kemahiran dan bimbingan bersama koperai tersebut terutamanya dalam aspek pemasaran. Hal ini bukan sahaja dapat meningkatkan pertanian bahkan juga menambahkan lagi pendapatan mereka.

 

JELAI JACKFRUIT

BUAH NANGKA (Artocarpus heterophyllus)merupakan sejenis buah tempatan yang semakin popular pada masa kini. Kalau dahulu mungkin ramai orang takut makan buah nangka kerana nanti 'perut kembung' atau 'ada angin' tetapi tanggapan tersebut semakin berkurangan sekarang. Ini mungkin kata-kata tersebut dikeluarkan oleh orang tua-tua kerana keenakkan buah nangka yang lazat dan mereka berkata begitu supaya orang tidak 'makan banyak'. Tanaman ini adalah hasil daripada hab pertanian dan pelancongan hasil daripada kerajaan negeri membuka tanah seluas 160 hektar bagi projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) bagi Kampung Kuala Medang.

 

Sumber: JKKK Kuala Medang