PRODUK WARISAN IBU

Usahawan Kumpulan Perwakilan Wanita (KPW) RTP Sungai Ular merupakan gerakan wanita yang menetap di Sungai Ular dalam mengusahakan produk makanan ringan dan kuih kering untuk pasaran komuniti dan sekitar Lipis. Gerakan KPW RTP Sg Ular ini telah yang diterajui oleh Puan Siti Rosnah Mat Yasin, Siti Norzan Bt Mohamed, Puan Rosiah bt Wok,Puan Juriah Mat Atan dan Puan Safiah bt Chiek  yang beroperasi di Bengkel Pemprosesan Makanan Industri Asas Tani RTP Sg Ular lebih kurang 15 tahun lalu.

Mereka bekerjasama dalam mengusahakan produk makanan kering seperti kerepek pisang masin&manis, tempeyek, peneram, lidah buaya,dan karipap mini. Produk Warisan Ibu telah mendapat tempahan dari stesen Minyak Petronas Lipis untuk jualan dalam kedai Petronas,di Pasar mini Sg Koyan , dan kedai-kedai runcit berdekatan. Selain itu mereka juga menerima tempahan untuk individu dan koperasi. Setiap kali musim perayaan permintaan sentiasa meningkat sehingga mereka mengambil pekerja harian.

Produk Warisan Ibu juga telah mendapat bantuan pembungkusan/ stiker daripada Jabatan pertanian dan telah mendapat logo pensijilan Mesti dan Jabatan Pertanian. Boleh hubungi mereka Puan Siti Rosnah :019-9053944 atau Puan Siti Norzan :017-6667539 untuk mendapatkan produk Warisan Ibu.

bngkl kp

neram tem