TST FC JUARA LIPIS SOCIAL LEAGUE 2023
Tahniah buat pasukan TST FC yang berjaya membawa pulang Piala YH Dato' Presiden Persatuan Bolasepak Daerah Lipis setelah menewaskan STW FC dalam perlawanan sengit petang tadi.
Pasukan Seri Bukit FC dan PSBBG FC pula berkongsi tempat ketiga setelah tewas di peringkat separuh akhir.
Penyampaian hadiah tadi disampaikan oleh Presiden PBD Lipis, YH Dato' Mohd Hafizi bin Ibrahim yang juga merupakan Pegawai Daerah Lipis.
Tahniah juga diucapkan kepada pasukan KESUKMA FC, Street Team, PLD, Lipis Cops, Relong FC, Anok Kechau FC, Keledek FC dan Afzan FC di atas saingan yang sangat baik sepanjang kejohanan.
Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada semua penonton yang hadir memeriahkan kejohanan bermula 31 Januari yang lalu. Moga arena bola sepak Daerah Lipis akan terus mekar dan melangkah laju.
BOLASEPAK UNTUK SEMUA
336875972 235799742235344 6880117034218057261 n