Kerajaan menawarkan kredit e-Tunai Belia Rahmah berjumlah RM200 dengan peruntukan RM400 juta yang akan memberi manfaat kepada dua juta belia berusia 18 hingga 20 tahun.

Inisiatif ini merupakan inisiatif tahunan Kerajaan yang pernah ditawarkan sebelum ini dalam Belanjawan 2022 (e-Pemula).

Program ePemula merupakan ialah satu inisiatif kerajaan yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2022 oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Program ini bertujuan meringankan beban kewangan golongan belia selain membantu pemulihan perniagaan para pekedai fizikal serta menggalakkan transaksi tanpa tunai.

Program pada 2022 tersebut telah memanfaatkan sekitar 2 juta rakyat Malaysia, di mana Kerajaan akan menawarkan kredit ePemula bernilai RM150 yang boleh digunakan bagi pembelian melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih.

Pada masa yang sama, penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan inisiatif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun, mata ganjaran (rewards points) dan ‘coins’.

Penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat dalam program ePemula 2022 ini adalah: BigPay; GrabPay; ShopeePay; dan Touch ‘n Go eWallet.

Untuk mendapatkan info terkini, sila rujuk laman web rasmi Portal Belanjawan 2023 Malaysia Madani : https://budget.mof.gov.my/manfaat/rakyat-kewangan.html

belia

etunai belia rahmah