Golongan belia merupakan penggerak dan juga aset penting kepada negara khususnya, dan juga kampung amnya. Kerjasama antara belia kampung dapat dilihat terutama semasa musim kenduri ataupun pertandingan-pertandingan persahabatan antara kampung-kampung sekitar. 

Antara aktiviti-aktiviti yang biasa dilakukan adalah:

1. Bermain bola sepak pada waktu petang

2. Bermain badminton pada waktu malam

3. Mengadakan gotong-royong membersihkan Tanah Perkuburan dan Masjid

4. Mengadakan perlawanan bola sepak dan futsal secara persahabatan

5. Menyertai Hari Sukan Negara