YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan menyempurnakan Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA KE-32 Cambodia 2023, pada 30 April 2023.

Kontinjen Malaysia kali ini dianggotai seramai 928 orang yang terdiri daripada 677 orang atlet dan 251 orang pegawai dengan penyertaan 33 jenis sukan dan 340 acara yang dipertandingkan. Edisi kali ini kontinjen Malaysia mensasarkan 40 pingat emas, 37 pingat perak dan 64 pingat gangsa.

Edisi Sukan SEA Ke-32 ini juga turut melibatkan 387 atlet berusia bawah 23 tahun dan acara olahraga menyaksikan penyertaan teramai iaitu 65 orang atlet.

Selamat maju jaya dan selamat berjuang buat wira dan wirawati kontinjen Malaysia 💪🏼. Segenap lapisan rakyat Malaysia bersatu hati memberikan sokongan padu supaya kejayaan mampu di bawa pulang.

Sumber: kbs.gov.my

sea games 2023 9