Sirih junjung merupakan salah satu simbol utama dalam masyarakat Melayu, terutamanya dalam sesebuah majlis perkahwinan. Kepelbagaian gubahan siri junjung dapat dilihat demi memartabatkan adat dan budaya Meayu. Malahan, warisan zaman berzaman ini telah sekian lama dikenali dan menjadi peradatan dikalangan istana dan juga rakyat marhaen. Hal ini kerana ia digunakan sebagai penyeri budaya bangsa. Kini, gubahan sirih junjung kurang mendapat tempat di hati anak-anak muda terutamanya anak-anak yang hidup di bandar kerana kekangan masa untuk menggubahnya. Namun begitu, bagi para belia yang tinggal di RTP Sungai Ular, mereka masih lagi berminat untuk mencuba membuat gubahan tersebut. Hal ini dapat dilihat pada majlis perkahwinan salah seorang belia RTP Sungai Ular, kawan seangkatan belia yang lain mengambil pendekatan untuk menggubah sendiri gubahan sirih junjung untuk kawan mereka.

.