Tarikh : 8 Mac 2019

Masa  : 9.00pg - 11.00pg

Tempat : Dewan Bukit Kota,Kuala Lipis Pahang

Program ini merupakan program anjuran Pejabat Menteri Besar Pahang dengan kerjasama Pejabat Daerah Lipis,Majlis Daerah Lipis dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Mukim Batu Yon 1. Objektif program ini adalah untuk mengeratkan silaturahim yang telah sedia ada terjalin khususnya dalam komuniti Mukim Batu Yon 1 bersama YAB Menteri Besar Pahang serta majlis penyerahan sumbangan kepada agensi/persatuan dan individu yang memerlukan.

Program ini telah dihadiri oleh kira-kira 500 orang termasuk Pegawai-pegawai jabatan,Adun dan ahli Parlimen Lipis,Padang Tengku,Cheka serta Cameron Highlands,Penghulu-Penghulu Daerah Lipis,Sekretariat YAB,Ahli-ahli Jawatankuasa terlibat seperti Majlis Daerah Lipis,Pejabat Daerah Lipis,MPKK Mukim Jelai,Penerima Sumbangan Dun Jelai dan komuniti-komuniti di Mukim Batu Yon 1.

Sempena program ini juga MPKK RTP Sg.Ular telah menerima sumbangan untuk pembelian set PA System dan pembelian kerusi untuk Dewan orang ramai RTP Sg.Ular.

WhatsApp Image 2019 03 10 at 09.26.37 2 WhatsApp Image 2019 03 10 at 09.26.37 1 WhatsApp Image 2019 03 10 at 09.26.39 3 WhatsApp Image 2019 03 10 at 09.26.39 WhatsApp Image 2019 03 10 at 09.26.38 WhatsApp Image 2019 03 10 at 09.26.38 2