Untuk makluman, SKMM telah menganjurkan kempen Mobile E-Waste, iaitu sebuah kempen untuk mengumpul sisa mobile seperti handphone & tablet yang telah rosak untuk dilupuskan dengan cara yang betul. Oleh itu, komuniti disarankan untuk membuat serahan sisa mobile yang sudah tidak boleh digunakan lagi ke Pusat Internet RTP Sungai Ular untuk proses pengumpulan sebelum diserahkan kepada pihak SKMM.