Sejarah perkhidmatan pos di Malaysia bermula seawal tahun 1800 iaitu sejak pemerintahan British. Menyusuri masa, perkhidmatan pos berkembang dan menyaksikan penubuhan serta kebangkitan firma pos negara iaitu Pos Malaysia.
Ini bermakna, sudah lebih 200 tahun industri pos berkembang pesat di negara ini.
 
Perkhidmatan pos diperluaskan ke seluruh Tanah Melayu pada awal abad ke-20 dengan penghantaran surat melalui 'dispatch riders' serta bayaran dikenakan terhadap surat yang diserahkan di pejabat pos, menggantikan setem.
Kini, Pos Malaysia berkembang dengan kepelbagaian perkhidmatan melalui anak syarikatnya seperti POS Logistics (cabang logistik), POS ACE (kargo udara) (dinamakan semula World Cargo Airlines pada Ogos 2020) serta POS Aviation (pengendalian darat dan kargo; katering inflight; penyelenggaraan pesawat dan perkhidmatan kejuruteraan).