Malaysia mempunyai lebih 3000 spesis kayu yang direkodkan (P.K. Balan Menon, 2004). Setiap spesis kayu ini mempunyai sifat dan karekter yang berbeza. Namun, kayu yang berpotensi dan sesuai bagi kegunaan industri adalah sebanyak 100 spesis dan telah diterokai oleh para usahawan melalui penghasilan produk kraf dengan menumpukan kepada kayu-kayu seperti Chengal, Merbau, Nyatoh, Jelutong dan beberapa spesis kayu lain.