Salah seorang lagi golongan wanita dari Sungai Ular mengambil langkah bijak membuka perniagaan secara penghantaran atau COD kepada para pelanggan yang membuat tempahan. Wanita sememangnya dilahirkan dengan hati yang cekal demi membantu menambahkan lagi pendapatan keluarga. Lantaran itu, Puan Nurul Hafizatul Asma telah membuat pilihan yang sangat bijak dengan mengorak langkah dalam bidang masakan ini. Hasilnya, tempahan yang dapat saban hari semakin bertambah hari demi hari bukan sahaja dari kawasan kampung, bahkan sehingga kawasan bandar. Antara makanan yang dibuat adalah Pisang  Goreng Cheese, Cendol, Bihun Sup Utara, Tapai Pulut, Ayam Goreng Cheese dan Kuih Tiram dengan harga yang berpatutan. Komuniti yang ingin membuat tempahan boleh terus menghubungi beliau di talian www.wasap./60179220801