KATEGORI PEMOHON.
Berdasarkan Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal (2015-2020), KPWKM mengambil kira ibu tunggal berdasarkan definisi berikut:.
*Perempuan (Warganegara) yang menjadi Ketua Isi Rumah bagi kategori:
i.Taraf perkahwinan balu atau bercerai / berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama;
ii.Mempunyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah
iii.Tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak (anak angkat atau anak tidak sah taraf)
Nota:
1.Sila isi borang mengikut negeri pemohon.
2.Pemohon perlu log masuk ke akaun google untuk mengisi borang permohonan.
3.Dokumen salinan hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A/Pengetua/Guru Besar/Guru Penolong Kanan/Wakil
Rakyat/Penggawa/Penghulu/Ketua Kampung/Pengerusi MPKK(Majlis Pengurusan Komuniti Kampung)/Ketua Kaum/Ketua Anak Negeri/Pesuruhjaya
Sumpah. Cop pegawai atau saksi hendaklah mempunyai nama dan jawatan pegawai serta jabatan atau alamat di mana pegawai bertugas.
4.Pendaftaran secara dalam talian dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga jam 12.00 tengah malam. Selepas tempoh masa tersebut, akses borang akan
ditutup bagi tujuan pengemaskinian data.
Bagi Komuniti di Negeri Pahang boleh terus klik link di bawah :
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdQuLGSmULGauX9BfWNju3TTWH0ua3qzM3EmPxEC_PZOcgK2A/viewform
Sumber : Portal Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga