Gelaran baru bakal dilancarkan bagi menggantikan frasa "Ibu Tunggal" untuk para wanita yang telah kematian suami atau yang berpisah hidup. Begitulah yang dijelaskan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato' Rina Harun baru-baru ini melalui Majlis Ramah Mesra Bersama Pemimpin NGO Wanita Sabah di Kota Kinabalu.
"Ibu Waja" frasa yang paling tepat dengan situasi para wanita yang telah kematian suami dan berpisah hidup. Hal ini kerana gelaran tersebut lebih mencerminkan kecekalan dan ketabahan yang diharungi oleh golongan tersebut. Sementelahan juga ia melibatkan tanggungjawab memimpin keluarga serta membesarkan anak-anak tanpa kehadiran insan bernama suami.