Meskipun banyak kes penipuan sindiket Love Scam didedahkan pihak berkuasa kepada masyarakat, namun malangnya masih ramai lagi menjadi mangĀ­sa.Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, ianya menunjukkan peningkatan sebanyak 65.6%. Kebanyakannya adalah wanita yang berusia 41 hingga 60 tahun.
Ingat, jangan sesekali memindahkan wang anda ke akaun orang lain yang hanya dikenali beberapa bulan terutamanya menerusi media sosial.