Kanser payudara merupakan kanser utama dalam kalangan wanita di Malaysia, 1 dalam 19 wanita adalah berisiko.
Setiap wanita berisiko menghidap kanser payudara. Masyarakat perlulah mempunyai kesedaran yang tinggi mengenai barah yang paling banyak mengorbankan nyawa wanita di negara kita.
Antara tips pencegahan kanser payudara adalah mengamalkan cara hidup yang sihat, melakukan pemeriksaan sendiri payudara, menjalani pemeriksaan klinikal payudara bagi yang bergejala dan melakukan pemeriksaan mamogram bagi wanita yang berisiko tinggi.
Sekiranya anda mengalami sebarang tanda kanser payudara, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan yang betul.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)