Inisiatif WANITA BANGKIT@KPWKM adalah untuk membantu golongan wanita menjana pendapatan bagi memperkukuhkan sistem sokongan terutamanya dalam bidang ekonomi malah menghubungkan wanita dengan peluang pekerjaan yang ada (sektor formal) serta mendedahkan dan menghubungkan wanita kepada peluang perniagaan dan keusahawanan (sektor informal).
Majlis Kolaborasi Rakan Strategik Wanita Bangkit@KPWKM ini akan disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, YB Datuk Seri Rina Mohd Harun pada 2 November 2021 (Selasa) , jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari bertempat di Syukor Burger Selangor HQ, Puncak Alam Selangor.
Turut bersama, rakan strategik iaitu Syukor Dagang Sdn. Bhd, RichWorks International Sdn. Bhd, HEYHO Sdn. Bhd, DSAB Holdings Sdn. Bhd, UniKL Resources Sdn. Bhd, Leong Hup International Berhad, MITVANA Asia, MamaCare, MyKasih Capital, TalentCorp. Malaysia, PERKESO, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), INSKEN, Perbadanan Nasional Berhad (PNB) serta TEKUN Nasional. Pelbagai tawaran peluang pekerjaan dan penjanaan pendapatan oleh rakan strategik dibuka kepada golongan wanita di luar sana untuk kembali bangkit menjana pendapatan.
------------------------------------------
Untuk maklumat lanjut berkaitan peluang pekerjaan dan penjanaan pendapatan yang ditawarkan oleh rakan strategik boleh klik dipautan berikut https://www.kpwkm.gov.my/WanitaBangkit/ . Ayuh Wanita ! Jangan lepaskan peluang ini untuk kembali bangkit dan jana pendapatan anda !