📌 Apakah SKUAD WAJA ❓
Wanita Anti Jenayah adalah program bagi meningkatkan kesedaran seluruh masyarakat dunia untuk mengambil tindakan bagi menghentikan sebarang bentuk keganasan terhadap wanita.
 
📌Objektif SKUAD WAJA:
✅ Menjadi agen WAJA (menangani keganasan terhadap wanita) dalam komuniti.
✅ Memperkasa komuniti melalui aktiviti psikososial dalam menangani isu keganasan.
✅ Membantu dalam membina sebuah masyarakat yang harmoni.
📌Apakah Peranan SKUAD WAJA ❓
✅ Menggunakan kemahiran E.A.R.S dan mematuhi nilai dan etika sebagai seorang sukarelawan
✅ Menerapkan amalan positif dalam diri, keluarga dan komuniti agar menjadi contoh yang baik.
✅ Membuat rujukan pakar hospital kerajaan atau mana-mana agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sekiranya individu yang dibantu memerlukan bantuan kadar segera.
 
📌Apakah Kelebihan yang akan diperoleh ❓
✅ Anda akan mendapat latihan dan bimbingan secara PERCUMA daripada tenaga pakar yang terlatih.
✅ Pengalaman berharga menyantuni pelbagai latar kehidupan masyarakat.
✅ Kemahiran berkomunikasi dan semangat kerja berpasukan.
✅ Sijil Penyertaan SKUAD WAJA.
Ayuh ! Sertai Sukarelawan SKUAD WAJA, bersama-sama kita membantu dalam usaha meningkatkan kesedaran terhadap isu-isu jenayah dan memberi bimbingan awal psikososial dalam menangani isu keganasan terhadap wanita.
--------
Jom sama-sama kita sertai Sukarelawan SKUAD WAJA melalui pautan berikut: