Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Institut Sosial Malaysia (ISM) telah mengambil inisiatif mendokumentasikan kisah-kisah sebenar golongan wanita yang berdepan ujian sukar dan berjaya meneruskan hidup dengan lebih bersemangat dan berkeyakinan dalam buku โ๐๐๐ง๐ข๐ญ๐ ๐๐๐ง๐ ๐ค๐ข๐ญโ. Buku ini merupakan naskhah yang dihasilkan oleh penulis-penulis yang bernaung di bawah Akademi Bonda Nor dan diketuai oleh Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli Madian dengan kerjasama ISM.
Kisah-kisah yang dibukukan ini digarap daripada pengalaman wanita-wanita yang berjaya keluar daripada belenggu kemiskinan atau pelbagai masalah yang dihadapi melalui bantuan dan sokongan daripada agensi-agensi di bawah KPWKM seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM) dan Yayasan Kebajikan Negara (YKN). Antara bantuan dan sokongan yang diberikan adalah seperti bantuan kewangan, kaunseling, konsultasi dan juga intervensi kerja sosial.
Tajuk buku โWanita Bangkitโ ini diinspirasikan daripada inisiatif WanitaBangkit@KPWKM yang diilhamkan oleh YB Datuk Seri Rina Mohd Harun, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi mengangkat martabat wanita yang menjadi tulang belakang kebangkitan keluarga menghadapi cabaran khususnya dalam era pandemik ini.
โWanita Bangkit adalah cetusan idea ketika negara mula berhadapan dengan Covid-19. Melihat ramai wanita terkesan dari segi ekonomi dan psikologi, saya memperkenalkan program Wanita Bangkit khas untuk memberi sokongan kepada wanita untuk bangkit semula setelah mengharungi pelbagai cabaran hidup.โ, ujar beliau semasa melancarkan buku Wanita Bangkit di Dewan Nur, KPWKM petang tadi.
Tambah beliau, โKisah-kisah di dalam buku Wanita Bangkit ini adalah diinspirasikan daripada kisah-kisah benar dan digarap untuk dijadikan iktibar dan pedoman. Kisah mereka ini adalah kisah kebanyakan masyarakat di luar sana, tidak terkecuali, kumpulan sasar Kementerian yang diangkat ajar menjadi inspirasi para wanita untuk bangkit dan meneruskan kehidupan yang lebih baik.โ
โSemoga kisah-kisah ini menjadi iktibar dan inspirasi lebih ramai wanita dan pembaca untuk terus bangkit walau terpaksa melalui liku-liku cabaran yang tidak pernah berhenti. Kementerian ini sentiasa menyokong dan membantu wanita untuk terus teguh dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara serta keluarga tercinta,โ kata Rina yang dipetik daripada tulisannya di dalam buku Wanita Bangkit tersebut.
Terdapat 34 kisah dalam naskhah setebal 426 muka surat yang diadaptasi daripada pengalaman wanita-wanita cekal untuk dijadikan pedoman buat para pembaca. Buku ini boleh didapati di kedai-kedai buku terpilih di seluruh negara selepas pelancaran pada hari ini