Terdapat produk baharu yang diperkenalkan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) kepada para usahawan wanita yang bergiat aktif meneruskan kelangsungan hidup dengan menjalankan perniagaan tidak kira secara kecil-kecilan atau besar-besaran. Skim i-Muda diperkenalkan kepada para peserta atau sahabat yang berumur di antara 18 tahun sehingga 40 tahun dengan jumlah pembiayaan sehingga RM30,000. Skim ini ditawarkan kepada para wanita yang ingin bangkit berniaga dan juga yang sedang hilang pekerjaan akibat pandemik Covid-19. Skim ini juga telah berkuatkuasa bermula 1 Januari 2022 yang lalu. Semoga dengan adanya skim ini, sedikit sebanyak dapat membantu penambahan modal kepada wanita yang ingin memulakan perniagaan.
Sumber : Amanah Ikhtiar Malaysia