“Wanita di Malaysia mesti cekal, wanita di Malaysia mesti kuat, apa sahaja halangan dan rintangan yang kita hadapi, kita akan tempuh bersama” ujar YB Datuk Seri Rina Harun, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat semasa merasmikan Academy For Women Entrepreneurs (AWE) di ibu negara.
Program ini telah dijayakan dengan kerjasama Persatuan Jaringan Usahawan Bumiputera Malaysia (WENA) dan disokong penuh oleh kedutaan Amerika Syarikat. YB juga berkesempatan untuk beramah mesra dan melihat sendiri produk yang dijual oleh para usahawan yang pernah menyertai AWE.
KPWKM sentiasa menyokong inisiatif-inisiatif program seperti ini sebagai satu anjakan bagi memperkasakan wanita di Malaysia untuk menjadi usahawan yang berjaya.