Kanak-kanak adalah aset negara yang sangat penting. Mereka bakal mewarisi kepimpinan bumi bertuah ini. Kecanggihan teknologi digital membawa dunia hingga ke hujung jari. Kanak–kanak turut bersama sama menikmati kecanggihan teknologi ini, tanpa kita sedari, mereka terdedah dengan pelbagai ancaman penjenayah yang aktif di alam maya, terutamanya di media sosial.
Ayuh bersama kita lindungi kanak-kanak! Bersama kami di Kempen Membanteras Jenayah Seksual Dalam Talian Terhadap Kanak-Kanak yang berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya pada 4 September 2022 (Ahad) bermula jam 11.00 pagi - 4.30 petang.