Sumbangan wanita ke arah memartabatkan negara sememangnya tidak dapat dinafikan lagi sejak dari zaman berzaman. Pelbagai aktiviti dirancang sepanjang tahun untuk terus maju. Aktiviti-aktiviti kerohanian misalnya memberi banyak faedah kepada kaum wanita. Ia juga bukan sahaja dikhususkan untuk kaum wanita bahkan untuk semua komuniti termasuk kaum Adam. Contohnya belajar ilmu agama pada setiap malam di Masjid RTP Sungai Ular.

Antara aktiviti wanita yang dirancang sepanjang tahun adalah seperti berikut:

1. Kelas Mengaji - Setiap hari Ahad

2. Bengkel Membuat Kuih Tradisional

3. Bengkel Jahitan

4. Majlis Bacaan Yasin (Rumah ke rumah)

5. Bengkel Masakan

6. Sukaneka Wanita

7. Permainan Badminton antara kampung