Hari Sambutan Wanita Sedunia telah ditetapkan pada tarikh 8 Mac pada setiap tahun. Wanita bukanlah golongan kelas kedua seperti pandangan yang sentiasa bertapak di fikiran manusia. Mereka hanya dipandang sebagai satu objek untuk melariskan barang jualan dan menjadi pemuas nafsu lelaki. Justeru itu, kedatangan Islam telah menyelamatkan kedudukan wanita dengan meletakkan taraf mereka setaraf dengan lelaki dari segi peranannya dalam membangunkan sesebuah tamadun manusia. Pepatah Melayu ada menyatakan “Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara”. Selain itu Allah S.W.T juga berfirman yang bermaksud:

“Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh,dari lelaki atau perempuan,sedang ia beriman,maka mereka itu akan masuk syurga,dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikitpun”.

(Surah al-Nisa’ : 124)

Oleh sebab itu, “Wanita tidak dijadikan dari urat rambut lelaki untuk dijulang dan dipuji, Tidak pula dijadikan dari tapak kaki untuk dihina dan dikeji,Tetapi wanita dijadikan dari rusuk kiri yang berada dekat dengan hati untuk didampingi, dilindungi dan juga disayangi.”