Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa sekolah akan di buka secara berperingkat tidak lama lagi..Jadikan #NewNorm di SEKOLAH agar penjarakan sosial dapat di jaga Makan di kelas, murid tidak perlu bersesak-sesak lagi di kantin.
Pernahkah anda dengar tentang Program Hidangan Berkhasiat di Sekolah (HiTS)
Program HiTS yang telah diperkenalkan semenjak tahun 2007 adalah salah satu aktiviti promosi pemakanan sihat yang disasarkan untuk murid. Pogram ini merupakan hidangan pakej makanan berkhasiat yang memenuhi keperluan kalori dan nutrien murid mengikut waktu makan di sekolah.
Jom cuba perkenalkan HiTS di sekolah anak-anak kita Tiada lagi sistem kantin konvensional. Menu yang telah di rancang dan dipantau oleh Nutritionist (Pegawai Pemakanan).
Menu yang disediakan:
memenuhi keperluan kalori harian
tinggi nutrisi
mengikut saiz hidangan yang tepat
kalori setiap hidangan juga akan dipaparkan
LAGI KEBAIKAN HiTS...
Melalui Program Hidangan Berkhasiat di Sekolah (HiTS), anak-anak tidak lagi
beratur panjang
berebut-rebut untuk membeli makanan di kantin sekolah.
membeli makanan yang tidak berkhasiat.
gelisah bila hampir tiba waktu rehat kerana khuatir
makanan habis
sedih melihat rakan mewah membeli makanan sedangkan
dirinya hanya mampu membeli sejenis makanan.
Ibubapa tidak perlu bagi duit belanja
Ibu-ibu tak lagi sibuk di awal pagi siapkan bekal anak
Malah ianya
menjimatkan duit
menjimatkan masa
anak-anak menjamu selera dengan lebih tenang dan tertib
anak-anak dapat menikmati hidangan yang berkhasiat dan
seimbang.
meningkatkan pengambilan sayur dan buah yang
pelbagai.
anak-anak tidak perlu lagi gelisah jika makanan habis di
kantin
anak-anak lebih gembira kerana rakan-rakan yang lain
juga menikmati hidangan yang sama
anak-anak kembali ke kelas dengan lebih bersemangat
untuk meneruskan sesi pembelajaran
guru-guru lebih tenang untuk mengajar
Hubungi Pegawai Sains Pemakanan di Jabatan Kesihatan Negeri untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelaksanaan Program HiTS di tempat anda.