Berikutan musim tengkujuh yang melanda Negeri Pahang, semua Taman Eko-Rimba (TER) dan Hutan Taman Negeri serta aktiviti rekreasi di dalam Hutan Simpanan Kekal adalah ditutup sementara mulai 14 November 2020 hingga 15 Januari 2021.
 
Aktiviti rekreasi yang tidak dibenarkan sepanjang musim tengkujuh adalah trekking, pendakian gunung, sukan lasak berkenderaan, penjelajahan gua dan lain-lain aktiviti riadah yang berkaitan. Penutupan sementara ini adalah dikecualikan ke atas kawasan ekopelancongan yang telah diswastakan kepada operator-operator, iaitu:
 
1. TER Kem Nusa, Jerantut
2. TER Ulu Tembeling, Jerantut
3. TER Sg. Pandan, Kuantan
4. Air Terjun Pelangi, Sg. Lembing, Kuantan
5. TER Kenong, Lipis
6. Taman Negeri Rompin, Rompin
7. TER Lubuk Yu, Maran
8. Kawasan Rekreasi Kuala Gandah, Temerloh
9. Air Terjun Ulu Tampik, Janda Baik
 
Namun, para pengunjung adalah dinasihati untuk menjaga keselamatan sendiri jika berada di kawasan ekopelancongan yang diswastakan di atas.
 
Sumber drpd: Jabatan Perhutanan Negeri Pahang