[PEMBUKAAN TREE TOP WALK DI TAMAN NEGARA PAHANG, SUNGAI RELAU]
Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia ingin memaklumkan pembukaan Tree Top Walk di Taman Negara Pahang, Sungai Relau bermula dari 1 April 2023. Sehubungan itu, pihak Jabatan akan membuka Tree Top Walk secara percuma kepada orang awam mulai 1 April 2023 sehingga 30 September 2023.
Pembinaan Tree Top Walk ini bertujuan untuk meningkatkan keselesaan pelawat melalui kemudahan dan aktiviti yang bersesuaian di kawasan alam semulajadi. Semoga kemudahan ini dan aktiviti yang berkaitan dengannya dapat memberi kepuasan kepada pelawat Taman Negara Pahang, khususnya di pintu masuk Sungai Relau, Merapoh, Lipis.
tours