INAP DESA KUALA MEDANG

Kuala Medang Kuala Lipis bukan satu nama asing bagi pelancong luar yang ingin menikmati alam semulajadi dan ketenangan hidup di kampung yang masih mengekalkan tradisi serta kebudayaan masyarakat Melayu. Sejak mendapat pengiktirafan daripad Kementerian Pelancongan untuk dijadikan sebagai salah satu produk pelancongan homestay pada 2001, Kuala muda telah berjaya menarik ramai pelancong dari Eropah dan juga Asia untuk berkunjung ke kampung itu.

Hasil kerjasama daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kuala Medang serta penduduk-penduduk kampung tersebut telah mengubah wajah Kuala Medang menjadi sebuah kampung yang bukan sahaja indah bahkan juga persekitarannya yang bersih dan selesa. Atas usaha dan keyakinan tersebut, kertas cadangan bagi menjadikan Kuala Medang sebagai projek homestay telah dihantar kepada Kementerian Pelancongan serta telah mendapat kelulusan pada tahun 2002. 

Bukan sahaja projek homestay, Penghulu Mukim Jelai pada ketika itu, Mohd Razaki Abdul Razak telah mendorong penduduk untuk menceburi Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bagi meningkatkan taraf hidup mereka. Hasilnya, mereka telah berjaya menghasilkan pelbagai jenis produk IKS seperti serbuk kunyit, jus salak, tapai pulut, jeli kelapa, dodol, kuih-muih tradisional, mee kuning, mee sanggul, pelbagai jenis sayur-sayuran dan yang terbaru produk Medang Melon. Segelintir penduduk kampung tersebut terlibat dengan aktiviti pertanian dan penternakan seperti ladang salak, ladang sayura-sayuran, projek buah-buahan kelompok. Ternakan rusa dan lembu juga turut diusahakan oleh penduduk Kuala Medang.

Hasil kerjasama semua penduduk, Kampung Kuala Medang telah diangkat untuk memenangi Anugerah Pelancongan Malaysia. 

 

Sumber: JKKK Kuala Medang