Pelbagai Aktiviti turut diadakan untuk memeriahkan lagi pakej yang diambil oleh mereka. Antaranya:-
1) Mandi bersama ikan
Para pelancongan boleh bermandi-manda bersama-sama dengan ikan yang dibiar bebas di Sungai Jelai.
2) Menaiki sampan dan berakit menyusuri Sungai Jelai
Aktiviti menaiki sampan untuk melihat pemandangan alam tropika yang nyaman. Apa yang boleh diperhatikan di sini adalah pemandangan hutan dan juga kawasan pesisir kg di sepanjang Sungai Jelai ini.
3) Main gasing
Pertunjukan permainan gasing sering diadakan untuk tontonan para pelancong asing luar dan juga dalam negara.
4) Emping beras
Proses membuat Emping beras ini dipertontonkan kepada para pelancong kerana proses pembuatannya mempunyai keunikan yang tersendiri walaupun prosesnya memakan masa yang lama. Namun, kelazatan Emping Beras ini dapat dinikmati tanpa gagal.
5) Tarian tradisional
Para pelancong akan dipersembahkan dengan persembahan tarian tradisional oleh pelajar-pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah. Antaranya adalah Tarian Joget Pahang dan Tarian Sewan masyarakat orang asli.
6) Berkhemah di tebing Sungai Jelai
Kebiasaannya aktiviti ini dilakukan oleh para pelajar sekolah yang mengikuti kem pelajar. Namun, para pelancong juga boleh menikmati aktiviti ini dengan dikawal selia oleh pihak yang bertanggungjawab.
Selain dari itu banyak lagi aktiviti lain yang boleh dilakukan di homestay Kuala Medang ini misalnya melawat ladang rusa, mencuba madu kelulut, merasa masakan tradisional orang Pahang seperti pais lampam, ikan patin masak tempoyak, ulam-ulaman dan lain-lain lagi. Di kampung Kuala Medang ini juga terdapat hasil kampungnya tersendiri seperti pembuatan mee kuning dan juga sambal hitam yang sangat terkenal di negeri Pahang.