MENARIK DI BUKIT BETONG
Bukit Betong adalah sebuah kampung kecil yang terletak kira-kira 26 km dari jalan utama Kuala Lipis. Ia digunakan sebagai titik transit bagi pengangkutan produk yang dikumpulkan dari sekitar Sungai Jelai (Sungai Jelai). Pada zaman dahuu, barang-barang tersebut diangkut dari sungai Kuala Medang, menggunakan rakit atau bot kecil ke jeti yang bertempat di Bukit Betong. Destinasi penghantaran barang in diteruskan lagi dengan menggunakan perkhidmatan keretapi dari Stesen Bukit Betong meghala ke stesen-stesen berdekatan.
Pada masa kini, dengan adanya sistem jalan yang lebih baik, sungai tidak lagi digunakan. Malahan, jeti dan perkhidmatan kereta api sudah tiada kepentingannya agi. Sebelum 1980, kereta api digunakan sebagai mod pengangkutan utama. Terdapat 3 jenis jadual perjalanan keretapi harian dari Chegar Perah ke Kuala Lipis. Jadual perjalanan perkhidmatan kereta api yang paling awal adalah bermula pada jam 6.30 pagi. Perkhidmatan kereta api seawal pagi ini dijadualkan untuk membolehkan pelajar menghadiri sesi persekolahan di Kuala Lipis. Manakala jadual perjalanan keretapi pada waktu petang pula adalah pada jam 2.30 petang. Hal ini bagi membolehkan para pelajar yang telah selesai sesi persekolahan mereka menggunkan perkhidmatan ini untuk kembali ke rumah masing-masing. Memandangkan bilangan penumpang adalah tinggi pada satu-satu masa, ada segelintir penumpang yang tidk bernasib baik untuk menduduki kerusi yang disediakan di dalam gerabak kereta api. Hal ini menyebabkan mereka terpaksa berdiri sepanjang perjalanan dari Stesen Keretapi Kuala Lipis menuju ke Stesen Keretapi Bukit Betong. Stesen keretapi ini sangat menarik kerana ianya merupakan salah satu bangunan yang dibina oleh British Kolonial. Namun begitu, pada hari ini stesen yang dibina pada tahun 1940 sudah tiada lagi. Pada zaman kegemilangan keretapi, terdapat dua orang kakitangan untuk stesen itu. Mereka menggunakan lampu tanglung sebagai persediaan untuk menyalakan sistem isyarat yang menunjukkan bahawaa keretapi akan sampai ke stesen tersebut.
Sumber: JKKK Bukit Betong