Sejarah tarian pelanduk ini bermula dari sebuah perkampungan, iaitu Kampung Bukit Betong, Kuala Lipis, Pahang. Tarian ini merupakan satu simbolik yang menggambarkan pemburuan pelanduk oleh penduduk kampung tersebut. Keunikan tarian pelanduk ini adalah penduduk kampung memburu pelanduk dengan menggunakan parang dan juga daun terup, bukan menggunakan jerat atau senapang.