Taman Rimba Kenong merupakan salah satu daripada tempat menarik yang terdapat di Daerah Kuala Lipis. Ia juga merupakan hutan hujan tropika yang masih belum diteroka yang dianggarkan seluas 128 kilometer persegi dalam Daerah Lipis, Pahang Darul Makmur. Ia terletak di Lembah Kenong dan berkongsi sempadan dengan Taman Negara di bahagian utara dan timur.
Taman Rimba Kenong terletak 32 km dari pekan Kuala Lipis dan 302 km daripada Kuantan dan juga terletak di Hutan Simpan Yong yang mempunyai jenis Hutan Dipeterokarp Bukit.
Walaupun taman ini dibuka kepada orang awam, kebanyakan kawasan taman ini masih lagi belum diterokai sepenuhnya.