YZ Agro Farm merupakan salah satu ladang Strawberi yang diusahakan oleh keluarga muslim. Ladang ini terletak di Tanah Rata.
Apa yang menariknya di sini adalah, pengunjung boleh memetik buah strawberi sendiri sebelum turun ke kafe untuk menikmati pelbagai jenis masakan yang ada seperti patin masak tempoyak, mee kari, nasi lemak dan banyak lagi nasi campur lain yang enaknya bukan main.Pencuci mulutnya juga turut disediakan seperti scone, aiskrim, waffle dan banyak lagi.
Para pengunjung yang berkunjung ke ladang ini pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk mencuba dan menikmati keenakan Strawberry smoothie dan strawberry shake. Hal ini kerana ianya dihasilkan dari buah strawberi yang segar daripada ladangnya sendiri.
Ladang ini boleh dikunjungi di alamat YZ Agro Farm, No. 22, Kamping Taman Sedia, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang pada setiap hari bermula dari pukul 8.00 pagi sehingga 6.00 petang. Masuk adalah percuma bagi semua golongan dan peringkat umur.