Bagi pelancong yang bercuti di Cameron Highlands, Taman Agroteknologi MARDI adalah destinasi menarik yang mesti dikunjungi. Lokasinya ialah di Tanah Rata. Selain berfungsi sebagai pusat penyelidikan, ia turut menyediakan berbagai tarikan seperti taman bunga beraneka jenis, ladang teh, strawberi dan lain-lain bagi menggamit pengunjung. Ia turut menawarkan aktiviti pelancongan seperti jungle trekking, lawatan kilang pemprosesan dan penyelidikan. Kawasannya sangat luas iaitu sekitar 42 hektar yang merangkumi bangunan pusat penyelidikan, pusat informasi, taman herba, taman orkid, taman ros dan English Garden.

Taman Agroteknologi MARDI terletak di pinggir pekan Tanah Rata. Lokasinya agak ke dalam sedikit dikelilingi kawasan berbukit. Pengunjung boleh rujuk GPS, Waze atau Google Maps app untuk terus ke sana.

Alamat:
Agro Technology Park MARDI Cameron Highlands
39007 Tanah Rata
Pahang

Hubungi:
Tel. : 605 - 491 1255, 605 - 491 5945
Fax : 605 - 491 2170

Waktu melawat:
Rabu hingga Isnin : 8.00 am - 5.00 pm
Selasa : Tutup
Cuti Sekolah dan Cuti Umum (Tutup pada cuti Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha) : 8.00 am - 5.00 pm

Bayaran masuk:
Dewasa : RM5
Kumpulan Dewasa : RM120/bas
Pelajar : RM2
Kumpulan Pelajar : RM60/bas
Warga Emas (Atas 60 tahun) : RM2
Bawah 6 Tahun / Kurang Upaya (OKU) : Percuma