Tarikh

: 06 November 2022

Masa

: 10.30 Pagi – 11.30 Pagi

Lokasi

: PEDi RTP Sungai Ular

Peserta

: 9 orang

Tujuan

Memperkenalkan dan memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas penggunaan Microsoft Office Word supaya mahir menggunakan perisian tersebut. Selain itu juga, petugas turut membantu peserta cara menaip resume,memasukkan gambar dan menyusun dengan kemas sebelum disimpan dalam folder baru. Pendedahan kepada penggunaan Microsoft Office ini juga adalah bertujuan untuk membetulkan cara menggunakan papan kekunci dengan membuat ejaan yang betul.

Aktiviti

Petugas memberi penerangan asas Microsoft Word kepada peserta mengenai komponen-komponen di dalam Microsoft Office Word dan fungsinya , cara menaip, cara mencipta muka surat yang baru, menyusun dan menamakan folder untuk memastikan dokumen tersusun.

Gambar Di Sini

Tarikh

: 05 November 2022

Masa

: 3.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi

: PEDi RTP Sungai Ular

Peserta

: 11 orang

Tujuan

Memperkenalkan asas teknologi dan komunikasi kepada komuniti yang datang menggunakan perkhidmatan internet yang disediakan di PEDi RTP Sungai Ular. Menerapkan nilai-nilai murni semasa melayari laman sesawang seperti Klik Dengan Bijak. Menerangkan cara membuka laman sesawang untuk mengulangkaji pelajaran.

Aktiviti

Peserta asas ICT perlu membuat praktikal dengan cara mencari maklumat dan dikehendaki menaip perkataan di laman sesawang ulangkaji pelajaran wordwall untuk memberi pendedahan kemahiran menaip dan menggunakan cursor tetikus kepada mereka.

Gambar Di Sini

Tarikh

: 15 Oktober 2022

Masa

: 10.00 Pagi – 11.00 Pagi

Lokasi

: PEDi RTP Sungai Ular

Peserta

: 10 orang

 

Tujuan

Memperkenalkan dan memberi pendedahan kepada peserta mengenai penggunaan Microsoft Office Excel untuk memasukkan data dan membuat jadual serta membuat asas pengiraan mengikut format yang telah ditetapkan dalam modul tersebut.

Aktiviti

Petugas memberi penerangan cara memasukkan data dengan lebih kemas. Petugas turut membantu peserta untuk menyusun,memasukkan jadual, serta mewarna jadual di dalam Microsoft Excel.

Gambar Di Sini

Tarikh

: 16 Oktober 2022

Masa

: 3.45 Petang – 4.45 Petang

Lokasi

: PEDi RTP Sungai Ular

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Memberi penerangan berkaitan dengan cara membuat profil syarikat.

Melatih peserta mengenai kemahiran keusahawanan melalui penggunaan Microsoft Word.

Aktiviti

Peserta menaip profil syarikat dan juga peta lokasi perniagaannya dengan menggunakan Microsoft Word.

Gambar Di Sini

Tarikh

: 01 & 15 Oktober 2022

Masa

: 11.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi

: PEDi RTP Sungai Ular

Peserta

: 16 orang

 

Tujuan

Memperkenalkan dan memberi pendedahan kepada peserta mengenai penggunaan aplikasi di dalam laman sesawang untuk memudahkan ulangkaji pelajaran secara dalam talian. Selain itu juga, ia turut menguji tahap kemahiran pelajar dalam menggunakan aplikasi dan internet secara berhemah.

Aktiviti

Petugas memberikan penerangan asas menggunakan laman sesawang. Elemen yang diketengahkan sepanjang kelas dijalankan ialah peserta perlu menaip aplikasi pembelajaran untuk menjawab soalan-soalan kuiz mata pelajaran dalam talian.

Gambar Di Sini

Gambar Di Sini